Saturday, May 30, 2009

Sehari 3 khenduri.....

30.5.2009 - Acara 1-Hari ini ,kami suami isteri telah pergi khenduri awal-awal pagi ke rumah Bang Abu Hassan/ Kak Minah di Taman Bunga Raya. Khenduri syukur kerana Jijun dapat kerja dan balik dari Korea. La ni kerja di Merbok, Sg. Petani . Syok bersembang sakan. Lama tak jumpa kawan-kawan .

Acara 2-Pas tu pi rumah Cikgu Rozali, ziarah Kak Masitah kerana pembedahan kikis tulang belakang. Lama tak jumpa,sejak buat bubur asyura. Ucapkan semoga cepat sembuh dan sabar menghadapi dugaan.

Acara 3- Kami sekeluarga pulak ,pi ke Khenduri kahwin anak Hj Ismail/Ust. Mariah di Tmn Siswa 2.

Acara 4-Kami teruskan ke Khenduri Pn. Intan ( PSI ). Aduh banyak kenyang makan hari ini.Kul 2.00 petang sampai kat rumah.

Acara 5- Apalagi....tidurlah....

Hari ini dalam sejarah, pi khenduri 3 tempat dalam sehari. Tak pernah dibuat selama ini.

Thursday, May 28, 2009

Cuti...khenduri...Kelas KDC

Selamat bercuti kepada semua student IPG dan juga murid sekolah.

Cikgu-cikgu ada yang tak cuti..Kenapa? Ada kelas tambahan lah. Ada kursuslah, ada perkhemahan lah,pi Jambori Pengakaplah, Korobori Pengakaplah  dan macam-macam aktiviti lagi. Tapi cikgu jangan bersedih hati. Tuhan akan balas jasa cikgu....

Cuti ni juga, banyak jemputan khenduri. 29.5.2009 -Mula lepas solat Jumaat, rumah Mazli di Taman Sara, Tengku Sarina.  30.5.2009 ( Sabtu ) -1. Rumah Mantan Timbalan Pengarah, Hj Ismail
di Tmn Siswa 2. Lepas tu Khenduri kesyukuran di rumah Pn. Intan di Tmn Melur.

31.5.2009( Ahad ) - Kelas KDC Kemas jam 10.00pg- 12.30 tgh ,siap sedia nak mengajar TP Unit 2. Peralatan mengajar dah sedia.Ada dalam komputer. Tinggal nak buka aje. 

Cuti mari....duit pergi dan mari... dok tang tu lah akhirnya

Wednesday, May 27, 2009

Pauh... Ust. Hj Salleh


25.5.2009- Bersama Noni ke Pauh, Perlis berjumpa dengan Ust Hj Salleh untuk berubat secara Pengubatan Al Quran. Kami bawa air tapis dan pelbagai makanan untuk ditawar dengan ayat Al Quran sebagai ubat.

Alhamdulillah, gangguan yang dialami kian reda dan mula beransur-ansur pulih.

Sunday, May 24, 2009

Pertemuan Sempena Hari Lahirku


23.5.2009 - Terakam satu sejarah mengenai dua insan iaitu isteriku dan seorang kenalan Norzaini yang dikenali melalui internet telah bertemu.Itupun melalui anaknya Norhanisah.Pertemuan dirancang seminggu sebelumnya. Kami tak sangka akan bertemu di Taman Kempas, Kulim.

Kisahnya, Norhanisah telah terbaca kisah isteriku yang mengalami Penyakit Aneurysm melalui laman friendster anakku. Dia minta no.telefon dan ingin berkonsi pengetahuan tentang aneurysm. Katanya lagi ibunya sedang mengalami penyakit tersebut. Dia ingin tahu lebih lanjut tentang penyakit tersebut. Terus isteriku melefon ibunya dan bersembang melalui telefon hampir 2 jam.

Perbualan tersebut telah menimbulkan keinginan untuk berjumpa.Akhirnya pada sempena hari lahirku kemi dapat juga bertemu muka dengan Norzaini sekeluarga. Harap pertemuan ini akan memberi semangat dan harapan cerah kepada Yang ( Norzain ) dan juga keluarga. Mohon semuanya tidak berputus asa. Selagi ada penyakit selagi itu ada ubatnya. Kita berdoa agar Yang tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang.

Saya sangat berasa senang hati dapat mempertemukan dua insan yang saling ingin bertemu. Semoga terlerai segala kekusutan dihati.Eratkan pertemuan ini dengan tali silaturahim yang berpanjangan. Amin.....

Friday, May 22, 2009

Selamat Hari Lahir


Esok umurku bertambah lagi. Alhamdullillah syukur kepada Allah kerana telah memberiku umur panjang.Namun ku rasa banyak lagi bekalan untukku cari.Tambahan amalan untuk akhirat.Insyaallah tuhan akan menerima segala amalanku selama ini.

Perjalanan hidupku ada turun, ada naik. Namun setakat ini, ia diparas mendatar saja.Walaupun isteriku sedang mengalami sedikit gangguan kesihatan .Aku tetap pasrah kepada Allah. Mungkin ini adalah dugaan buat diriku untuk meningkatkan kesabaran dan ketabahan.

Semoga dengan lanjutnya usiaku esok,Ku pohon pada Allah semoga kami sentiasa dalam keadaan bahagia,kekal bersama suami isteri hingga ke akhir hayat dan mendapat rezeki yang berkat. Amin... Berkatilah doa dan permohonan kami.

Selamat hari lahir .....

Tuesday, May 19, 2009

Selamat menjalani peperiksaan anak-anakku


Ayahanda mengucapkan selamat menjalani peperiksaan. Ayahanda doakan semoga lulus dengan cemerlang

Monday, May 18, 2009

Seronok membina blog...

Dah dua hari asyik buat blog ni. Kalau tengah jatuh cinta ini baru fasa mengenal kekasih.Baru tau sikit je .Nak teroka lagi.Kata orang sebelum terus bercinta kenalah t banyak hadapi cabaran. Cayok ji.....

Masukkan jam

Tah macam mana tiba-tiba Ust.Asri mai tunjuk cara nak masukkan waktu. Cari kat tool pilih ikon yang sesuai. Lepas tu add. save siap dah

Tunjuk terror

Pagi-pagi lagi dah tunjuk terror kat Ruhaizan. Dah berjaya buat blog. Dia kagum.Lepas tu rasa tercabar pula

Suasana di Selat Bagan Nyior, Langkawi



Sunday, May 17, 2009

Try masuk foto pulak


Gambar kenangan semasa berkursus di Golden Beach Resort,Pulau Pangkor. Kursus Peningkatan Profesional PPPLD,IPGM Malaysia pada 12 hingga 15. Mei.2009.Banyak ilmu baru yang didapati.

Berjaya buat blog

tengah khusyuk buat blog

Hampir lima jam aku dok "try and error". At last dapat juga aku buat blog ini. Mula kul 5.ooptg sampai 10 mlm. Tak cantik tak apa namun hatiku puas .

Hari ini dalam sejarah

Ari ini aku buat blog tanpa siapa ajar.