Saturday, May 30, 2009

Sehari 3 khenduri.....

30.5.2009 - Acara 1-Hari ini ,kami suami isteri telah pergi khenduri awal-awal pagi ke rumah Bang Abu Hassan/ Kak Minah di Taman Bunga Raya. Khenduri syukur kerana Jijun dapat kerja dan balik dari Korea. La ni kerja di Merbok, Sg. Petani . Syok bersembang sakan. Lama tak jumpa kawan-kawan .

Acara 2-Pas tu pi rumah Cikgu Rozali, ziarah Kak Masitah kerana pembedahan kikis tulang belakang. Lama tak jumpa,sejak buat bubur asyura. Ucapkan semoga cepat sembuh dan sabar menghadapi dugaan.

Acara 3- Kami sekeluarga pulak ,pi ke Khenduri kahwin anak Hj Ismail/Ust. Mariah di Tmn Siswa 2.

Acara 4-Kami teruskan ke Khenduri Pn. Intan ( PSI ). Aduh banyak kenyang makan hari ini.Kul 2.00 petang sampai kat rumah.

Acara 5- Apalagi....tidurlah....

Hari ini dalam sejarah, pi khenduri 3 tempat dalam sehari. Tak pernah dibuat selama ini.

No comments:

Post a Comment