Wednesday, January 27, 2010

Nenek Safiah sakit

22.1.2010( Khamis) - Kami bergegas balik ke Kg. Jawa,Bt. 18.Hulu Langat, Selangor D.E dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Firadaus. Jam 8.15 mlm bertolak dan singgah rehat dan solat
Isya' di Hentian Seberang Perak. Faiz makan Chicken Chop ,Aus makan nasi lauk tempoyak ceroi dgn ikan sembilang goreng,Inas makan pau kacang.Ayah dan ibu tak mau makan.
Rupanya jam 8.00mlm nenek dah pengsan dan dibawa ke KPJ Kajang, masuk wad sebab tak cukup gula dalam darah.Cik Ani telefon sambil nangis ingatkan nenek tak tak ada dah. Masing-masing dah baca yasin. Kami sampai di Kg. Jawa jam 3.30 pagi. Sembang sekejap dan terus tidur.

23.1.2010 ( Jumaat )- 8.45pg,Lepas sarapan kami ke KPJ Kajang,nenek Safiah ada di Wad yang terpencil di temani oleh Busu dan Abang Lom. Dek E sembang dengen nenek. Nenek nampak lemah. Busu kata ada minta bilik single nanti pindah belah tengah hari. Lepas nenek dibersihkan , jam 12.15 kami balik ke rumah Busu nak sembahyang Jumaat. Kira-kira 3.30 ptg ,nenek dipindahkan ke Single room bernombor 304 dekat dengan pintu masuk. Ramai adik beradik datang ziarah nenek. Malam tu ibu dan ayah tidur di hospital jaga nenek.

24.1.2010 ( Sabtu )- 6.40pg Sebelum solat Subuh kami beli sarapan dekat kaunter Nurse. Beli nasi lemak 2 bungkus dan cucur 6 biji. Lepas tu pi solat ditingkat LG. Seharian duduk di hospital
Jam 9.00 pg nenek dibawa untuk buat MIR pinggang nak kesan sakitnya. Bacaan gula turun 1.9
lepas buat MIR. Tiap jam lepas tu nenek kena pantau gula. Dek E balik rumah Iju sebentar. Tinggal ayah seorang. Lepas maghrib ramai datang. Kami tidur semalam lagi di hospital.

Saturday, January 16, 2010

16 hari dalam tahun 2010,,,,,,

16.1.2010- Sabtu .Pejam celik 15 hari dah pun berlalu. Cerita kehidupan kita berpusar sekitar suka, duka, sihat dan sakit. Ingatkan yang tua selalu sakit, tak sangka pula yang muda sakit mengejut.Ingatkan yang tua masuk hospital. Rupanya yang muda pun sama. Ingatkan yang sakit tak apa-apa,rupanya yang tak sakit pun, rasa sakit lebih lagi dari orang sakit. Jadi kesimpulannya hadapilah cabaran yang mendatang. Terima sajalah dengan penuh kesabaran.