23.5.2009 - Terakam satu sejarah mengenai dua insan iaitu isteriku dan seorang kenalan Norzaini yang dikenali melalui internet telah bertemu.Itupun melalui anaknya Norhanisah.Pertemuan dirancang seminggu sebelumnya. Kami tak sangka akan bertemu di Taman Kempas, Kulim.
Kisahnya, Norhanisah telah terbaca kisah isteriku yang mengalami Penyakit Aneurysm melalui laman friendster anakku. Dia minta no.telefon dan ingin berkonsi pengetahuan tentang aneurysm. Katanya lagi ibunya sedang mengalami penyakit tersebut. Dia ingin tahu lebih lanjut tentang penyakit tersebut. Terus isteriku melefon ibunya dan bersembang melalui telefon hampir 2 jam.
Perbualan tersebut telah menimbulkan keinginan untuk berjumpa.Akhirnya pada sempena hari lahirku kemi dapat juga bertemu muka dengan Norzaini sekeluarga. Harap pertemuan ini akan memberi semangat dan harapan cerah kepada Yang ( Norzain ) dan juga keluarga. Mohon semuanya tidak berputus asa. Selagi ada penyakit selagi itu ada ubatnya. Kita berdoa agar Yang tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang.
Saya sangat berasa senang hati dapat mempertemukan dua insan yang saling ingin bertemu. Semoga terlerai segala kekusutan dihati.Eratkan pertemuan ini dengan tali silaturahim yang berpanjangan. Amin.....
No comments:
Post a Comment