Wednesday, January 27, 2010

Nenek Safiah sakit

22.1.2010( Khamis) - Kami bergegas balik ke Kg. Jawa,Bt. 18.Hulu Langat, Selangor D.E dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Firadaus. Jam 8.15 mlm bertolak dan singgah rehat dan solat
Isya' di Hentian Seberang Perak. Faiz makan Chicken Chop ,Aus makan nasi lauk tempoyak ceroi dgn ikan sembilang goreng,Inas makan pau kacang.Ayah dan ibu tak mau makan.
Rupanya jam 8.00mlm nenek dah pengsan dan dibawa ke KPJ Kajang, masuk wad sebab tak cukup gula dalam darah.Cik Ani telefon sambil nangis ingatkan nenek tak tak ada dah. Masing-masing dah baca yasin. Kami sampai di Kg. Jawa jam 3.30 pagi. Sembang sekejap dan terus tidur.

23.1.2010 ( Jumaat )- 8.45pg,Lepas sarapan kami ke KPJ Kajang,nenek Safiah ada di Wad yang terpencil di temani oleh Busu dan Abang Lom. Dek E sembang dengen nenek. Nenek nampak lemah. Busu kata ada minta bilik single nanti pindah belah tengah hari. Lepas nenek dibersihkan , jam 12.15 kami balik ke rumah Busu nak sembahyang Jumaat. Kira-kira 3.30 ptg ,nenek dipindahkan ke Single room bernombor 304 dekat dengan pintu masuk. Ramai adik beradik datang ziarah nenek. Malam tu ibu dan ayah tidur di hospital jaga nenek.

24.1.2010 ( Sabtu )- 6.40pg Sebelum solat Subuh kami beli sarapan dekat kaunter Nurse. Beli nasi lemak 2 bungkus dan cucur 6 biji. Lepas tu pi solat ditingkat LG. Seharian duduk di hospital
Jam 9.00 pg nenek dibawa untuk buat MIR pinggang nak kesan sakitnya. Bacaan gula turun 1.9
lepas buat MIR. Tiap jam lepas tu nenek kena pantau gula. Dek E balik rumah Iju sebentar. Tinggal ayah seorang. Lepas maghrib ramai datang. Kami tidur semalam lagi di hospital.

Saturday, January 16, 2010

16 hari dalam tahun 2010,,,,,,

16.1.2010- Sabtu .Pejam celik 15 hari dah pun berlalu. Cerita kehidupan kita berpusar sekitar suka, duka, sihat dan sakit. Ingatkan yang tua selalu sakit, tak sangka pula yang muda sakit mengejut.Ingatkan yang tua masuk hospital. Rupanya yang muda pun sama. Ingatkan yang sakit tak apa-apa,rupanya yang tak sakit pun, rasa sakit lebih lagi dari orang sakit. Jadi kesimpulannya hadapilah cabaran yang mendatang. Terima sajalah dengan penuh kesabaran.

Saturday, December 19, 2009

Nat Tok Jalai

18.12.2009( Jumaat )- Hari ini lepas jogging, kami pi nat Tok Jalai,kira-kira 5 km dari Pekan Jitra. Tujuan untuk beli ikan . Dah lama tak pi ke sana. Sampai di sana, sarapan dulu dekat gerai ,pekena nasi lemak dan roti jantan.Lepas tu baru jalan cari lauk harian. Kami beli ikan temenung lemak sekilo RM10.00. Beli 2 kg.Nampak pula ikan pari beli 1/2 kg. Ikan ada macam-macam jenis cuma 2 pilihan saja yang minat. Pi kat jual pakaian, beli tracksuit 2 helai. Masa dalam perjalanan nak balik Noni nampak buah pulasan. Dia suruh berhentikan kereta secara mengejut. Dari dalam kereta dah suruh penjual pulasan tu timbang dua 2 kg. Peniaga tu kelam kabut. Den terus saja gerak kereta ke depan takut kenderaan belakang marah. "Cepat kak nanti abang tinggalkan akak".Noni dengan pantas naik kereta dan kami balik.Hari ini tak pi jalan mana pun.

Balik rumah terus,Noni masak ikan pari sambil cili melaka. Den surf internet. Tidur sat tunggu nak pi Solat Jumaat. Pi tak makan dulu. Masa kat masjid rasa lapar sangat. Balik tak tahan terus makan nasi lauk ikan pari goreng sambal cabai melaka dan kangkong goreng belacan. Perghhh.
berpeluh dibuatnya. Nak resepi pari goreng sambal cabai melaka. Kena tanya isteri saya.

Nat itu apa? Di Kedah, nat tu ialah pasar sari . Pelbagai barangan dijual . Cubalah sekali pi pasti duit tak cukup nak beli barang. macam-macam ada.

Friday, December 18, 2009

Pak Non Pengurus Kantin Sri Lawang IPDA meninggal

17.12.2009 ( Khamis ) 8.40 pg- Pi dengan Roslan Jurufoto, mengunjung jenazah Allahyarham Pak Non, pengurus Kantin Sri Lawang IPDA di Titi Gajah. Arwah meninggal dunia pada petang hari Rabu jam 4.00 ptg dan akan dikebumikan pada 17.12.2009.jam 11.00 pg di Tanah Perkuburan Kepala Batas. Selepas hadiahkan al-Fatihah dan masuk ziarah, kami duduk diluar sebentar dan kemudian balik ke IPDA.

10.00- 12.30 tgh - Buat sedikit kerja tuntutan mengajar KDC SABK & PCMT dan minta Ruhaizan hantarkan kepada En. Rosli Hakim. Lepas tu saya balik ke rumah.

2.30ptg- Buat capturing dan editing video Forum SABK tahun lepas.

3.30ptg-Kelas SABK buat amali rakaman audio yang belum selesai sehingga pukul 5.30ptg. masing-masing minta balik awal tapi tak sedar dah pukul 5.30petang.

6.05ptg - Perlawanan Bolasepak antara Malaysia dengan Vietnam dam Sukan Sea 2009 untuk merebut pingat emas.

7.00mlm -Baca doa akhir tahun bersama Noni dan Paan. Solat Maghrib

7.15mlm - Perlawanan bolesepak diteruskan,pada minit ke 85 baru Malaysia menjaringkan gol.
Rasa seronok juga lama tak pernah Malaysia menang. Sejak 20 tahun lalu. GOL...........................
Kami bersorak ramai-ramai sambil berdebar-debar menanti masa nak tamat. Akhirnya Malaysia menang 1-0 terhadap Vietnam. Emas bagi Malaysia. Tahniah Malaysia...

KDC PCMT Ambilan Nov 2009

16.12.2009 ( Rabu ) 2.30-5.39 ptg- Pertama kali mengajar Kelas KDC PC/MT ambilan Nov.2009.
mereka seramai 25 org.Banyak yang mereka tidak tahu tentang PSP ? Beri penerangan dan pengenalan apa itu PSP.Terangkan apa subjek yang terbabit dengan PSP iaitu Teknologi Maklumat, Teknologi Pendidikan dan Sains Perpustakaan. Mereka sangat berminat untuk mengetahui subjek tersebut. # jam berlalu terasa sangat singkat.

Wednesday, December 16, 2009

Khenduri khatan

12.30tgh - Pi Taman Bersatu, Paya Kamunting dengan Ruhaizan. Makan khenduri berkhatan anak En Wan Fadzli. Jumpa member-member IPDA di sana.

1.00 tgh Singgah rumah Ruhaizan sat tengok rumahnya sedang diubahsuai. Lepas solat zuhur , lena sampai 4.30ptg. Tak pi mana , cuaca panas.

Tuesday, December 15, 2009

Letih dan mengantuk

14.12.2009 ( Isnin ), Jam 7.00pg,terus jogging 10 pusingan keliling taman. Lepas tu nak cari sarapan. Ajak Faiz sekali dengan Noni. Mula-mula nak makan tosei di Kepala Batas. Ooop tutup pulak. Kami terus ke jalan Bukit Pinang. Sampai di pekan tapi tutup juga. Malang hari ini, pusing depan SRJKC Cina Bkt Pinang dan terus ke Pekan Jitra. Kena roti telur dan milo O. Faiz kena roti canai kosong 2 keping. Beli sayur di gerai Ah Seng sambil tunjukkan pada pelbagai jenis sayur . Noni beli nanas di gerai bawah. Lepas tu balik. Masak gulai nanas dengan udang.

10.30 pg- Sibuk edit video majlis perkahwinan Izuandi dan Norlida. Buat banayak kali tapi tak memuaskan. Buat lagi. mengantuk den tidur.

7.40mlm- Pergi mengajar Kelas SABK buat rakaman, kali bawa radio Noni. Set alatan dan komputer untuk pengajaran. Kelas mula jam 8.00mlm. Depa seronok belajar recording dengan pelbagai cara. Tak sedar jam 10.00mlm. Jam 10.20mlm balik.





11.00mlm -Lepas solat Isya', buat editing sampai jam 5.05pg. Tidur-tidur ayam aje tunggu rendering video. 3 kali gagal buat editing guna Ulead 8. Banyak masalah. Sabar saja.

5.10pg. Jemput Paan di Hentian Bas Jitra, balik dari Kelantan. Solat subuh dulu pas tu buat editing lagi. Akhirnya jadilah hasil yang memuaskan sekeping DVD dalam tempoh 31minit. Akhirnya ditayangkan di TV. O.k .

Jadi jurukamera video Majlis Perkahwinan


12.12.2009 ( Sabtu )- 7.00pg ,jogging keliling taman dengan Noni. Sarapan di rumah saja.
10.45pg-Pi ambil gambar video di rumah Hj Shamsudin,No. 10,Lorong Bayu,Taman Bayu, jalan Sultanah, Alor Setar.Khenduri kahwin anaknya Izuandi dengan Norlida dari Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Balik jam 3.40 petang. Pi dengan Roslan dan Ariff

Monday, December 14, 2009

Hari yang sibuk

13.12.2009( Ahad ) Setelah jogging pagi, kami sarapan di rumah saja. Saya kena goreng kangkong belacan dengan ikan temenung goreng. Peh... Lepas tu siap sedia ke tempat kerja untuk persiapan kelas SABK jam 2.30- 4.30ptg. Pi JSP ambil Audio mixer dan radio, set nak buat rakaman dan sediakan alatan lain.
Jam 12.15 tgh, Saya,Kamarul , Rashidi & Ust. Asri pi khenduri rumah En. Puad (Jab. Sains ) di Kepala Batas.



Balik tu kami singgah pula di rumah bapa Aishah di Taman Setia
Jaya, Tanah Merah.Khenduri khatan anak buah dia,makan rojak saja.







Korban nak jadi remaja. Sekali seumur hidup







Jam 1.30 tgh, pederas balik rumah, mandi ,solat Zohor siap pakai baju. Balik mengajar Kelas SABK pada jam 2.30-4.30ptg.
Mereka belajar buat rakaman gunakan radio, sound recorder ,video dan walkman. Cuma 2 alatan yang berfungsi.







8.30mlm - Ada jamuan anjuran SABK,pi dengan Ust. Zaki ke Restoran Bendang de Kelubi. Makan sakan.

Saturday, December 12, 2009

Jumpa orang lama tak jumpa

11.12.2009( Sabtu )- Awal pagi pergi cari sarapan di gerai Kak Nab.Beli nasi lemak, cucuq,lepat dan ketupat palas. Kami nak bersarapan dengan emak Chah dan ayah nya yang datang dari Bukit Selambau.
Dia asyik nak jumpa kami. Tak pernah jumpa pun. Seronok juga sembang dengan orang tua. Sampai nak ajak kami pi rumah mereka di Bukit Selambau siap lukis peta.Mak Jah dan Pak Husin Plumber.


Balik dari Polimas, kami pi market Jitra, jumpa geng Noni, Ayang 4 tahun tak jumpa,dah ada anak dua dengan suami baru.









Di market jumpa pulak Ella,lama jugak tak jumpa. Mengandung anak baru dengan suami baru.







Sebelah petang kami pi rumah Asmah / Sufi di Kandis. Kami berdua melawat anak mereka berkhatan.Adam dengan Danial. Esoknya adik Sufi kahwin. Balik lalu ikut jalan Kg. Meribut. Jumpa simpang tiga kiri arah ke Hosba ,kanan ke Padang Sera. Kemudian tembus semula ke Jalan utama Kodiang- Jitra






Masa balik ,pemandangan matahari terbenam sangat menarik dan cantik sekali. sempat shoot 3 keping gambar.







Senja di Pering







Siang melabuhkan tirai, malam kian menjelma.