Esok umurku bertambah lagi. Alhamdullillah syukur kepada Allah kerana telah memberiku umur panjang.Namun ku rasa banyak lagi bekalan untukku cari.Tambahan amalan untuk akhirat.Insyaallah tuhan akan menerima segala amalanku selama ini.
Perjalanan hidupku ada turun, ada naik. Namun setakat ini, ia diparas mendatar saja.Walaupun isteriku sedang mengalami sedikit gangguan kesihatan .Aku tetap pasrah kepada Allah. Mungkin ini adalah dugaan buat diriku untuk meningkatkan kesabaran dan ketabahan.
Semoga dengan lanjutnya usiaku esok,Ku pohon pada Allah semoga kami sentiasa dalam keadaan bahagia,kekal bersama suami isteri hingga ke akhir hayat dan mendapat rezeki yang berkat. Amin... Berkatilah doa dan permohonan kami.
Selamat hari lahir .....
No comments:
Post a Comment