Tuesday, June 30, 2009

Jumpa sahabat lama..


27.6.2009 ( Sabtu ) - Di rumah Cikgu Norkiah,petang itu, saya bertemu dengan sahabat lama yang hampir 10 tahun tidak berjumpa. Pertemuan ini mengubat kerinduan ku pada Cikgu Amirudin Abu Bakar. Itupun hanya beberapa jam saja. Kami berbual-bual tentang keluarga, kesihatan dan kerjaya masing-masing.
Kini anaknya Amirah, anak kedua dah nak masuk UUM, dulu masa ditinggalkan baru Tahun 2 di SKLK. Alangkah bangganya kami sebagai bapa kerana anak berjaya. Namun Amirah tetap kenal akan saya.
Banyak perkara nak ditanyakan tapi apa kan daya masa bertemu terhad. Azan Maghrib berkumandang, kami sekeluarga pulang ke rumah dengan persaan yang terharu. Namun sahabat tetap menjadi ingatan. Banyak kenangan bersama Cikgu Amir ketika mengajar di SK Lubok Kelubi,Hulu Langat.

Wednesday, June 24, 2009

Faiz ditawarkan ke SM Sultan Abdul Halim,Jitra

18.6.2009(Khamis) - Pihak SKJ telah menghubungi rumah mengatakan Faiz telah ditawarkan untuk mendaftar masuk ke SM Sultan Abdul Halim, Jitra dengan segera. Pergi ke sekolah untuk bawa Faiz ke Hospital Jitra buat pemeriksaan doktor. Cuma buat X-ray saja. Pemeriksaan pada 29.6.2009.
Sebelah petang,Faiz masih dalam keadaan ceria dan hantar buku teks kpd Ketua kelas.
Entah macam mana sebelah maghrib, Faiz dah bertukar fikiran, tak mau pergi ke SM SAH. Katanya dia sedih nak tinggalkan ibu,susahkan ayah nanti dah beli banyak barang nanti dia balik semula ke SMJ. Dia takut tak dapat belajar di SM SAH. Sebab lain pasal nak main badminton. Dah janji dengan kawan,bergu sama Haris. Lepas tu dia pikir pasal duit kutu geng dia tak habis bayar lagi.
Ayah suruh bagi keputusan sampai hari Ahad, jawapan muktamad tak mau pergi. Anakku....asalkan kamu mau belajar.Dimana saja kita akan berjaya.

Sunday, June 14, 2009

Peristiwa ...


9.6.2009 ( Selasa )-Selesai mengubat penyakit Noni dengan Ust. Jamil, buang semua kain basahan mandi, limau purut dan penyakit yang ada ke sungai. Alhamdulillah, semuanya kembali kepada keadaan sediakala.





13.6.2009 ( Sabtu )- Selamat Hari lahir Nonisah yang ke 45, majlis kenduri kahwin anak lelaki Abg Yusuf dekat Masjid Kg. Kepala Batu, Jln Wang Tepus

Monday, June 08, 2009

Rekod paling lama mengajar


7.6.2009- Masa paling lama mengajar semenjak 27 tahun menjadi guru. Masa yang diajar adalah selama 4 jam berterusan.Mulai jam 10.00pagi hingga 2.00 ptg. Mata pelajaran yang diajar adalah Teknologi Pendidikan.Nasib baik yang diajar semua murid dewasa. Seronok siap ambil gambar sebagai kenangan.

Berita dari Aneesha dan khenduri kahwin ...

8.6.2009- Berita dari jauh tentang kawan Noni menghadapi kesukaran dalam mengharungi penyakitnya. Pembedahan yang sepatutnya dijalani pada 3.6.2009 lalu dibatalkan 10 minit sebelum masuk ke wad bedah di Subang Medical Centre.Kata Aneesha ,doktor dapat laporan penuh mengatakan stand yang perlu dipasang tidak cukup saiz. Lagi pun ketahanannya diragukan.
Ibunya dibawa pula ke Damansara Medical Centre untuk pemeriksaan. Akhirnya Doktor mengatakan semua laporan angiogram akan dihantar ke Australia,sebelum sesuatu dilakukan.
Sekarang ibunya berada di rumah. Semoga bonda Aneesha berada dalam keadaan sihat hendaknya.

6.6.2009-
Khenduri kahwin,anak Hj Rozdli & Masitah di Tmn
Bunga Raya sebelah tengah hari.
Sebelah malam pula anak Abg Hashim & Kak Zah ,
larat makan sate saja,kami anak beranak makan sungguh.

Wednesday, June 03, 2009

Sahabat Aneurysm

3.6.2009- Sahabat aneurysm Noni,sedang menghadapi dugaan utuk mengatasi masalah penyakitnya di Subang Medical Centre,Selangor. Anaknya memberitahu melalui telefon bahawa ibunya telah masuk ke wad pembedahan pada pukul 1.00tgh. Ibunya tidak jadi menjalani pembedahan kerana banyak komplikasi. Buat masa ini ibunya sedang berehat sebelum para doktor ingin membuat option lain. Berita diterima pada jam 5.00ptg.
Kami berdoa agar Aneesha sekeluarga sentiasa dalam keadaan tabah dan sabar menghadapi dugaan. Marilah sama-sama memohon kepada Allah agar segala kesakitan ibu Aneesha cepat sembuh dan kembali pulih seperti sediakala. Amin.....