Friday, November 27, 2009

Kembali semula..Selamat Hari Raya Aidil Adha

Setelah sekian lama senyap. Hari ini 27.11.2009- Hari Raya Aidil Adha memberikan sedikit ilham untuk menaip sedikit coretan dalam blog ini.

Kali terakhir rasanya pada bulan ogos.Banyak peristiwa berlaku sepanjang 3 bulan yang lalu. Ada yang seronok,sedih dan melucukan.

Tapi yang banyak adalah menyelesaikan mengenai kesihatan isteriku. Banyak tempat kami pergi mencari ubat untuk penyakitnya tapi tidak ada yang serasi. Baik sekejap lepas tu jadi semula.
Kronologi berubat :

1) En. Rahman - Belakang Taman Maheran, kami ke sana 2 kali. cara pengubatannya dengan cuba mengeluarkan jin daripada dalam badan. Guna air & garam. Mulanya doa dibaca , disembur kepada pesakit dan gerakkan menarik keluar makhluk halus dilakukan. Katanya jin telah dikeluarkan dan dimasukkan kedalam botol. Air dibuat minum dan mandi. Garam dicampurkan dalam air mandian. Selepas mandi air bergaram tersebut, ada bauan seperti bau kerbau dari badan. Tapi masih tidak sembuh sebaliknya badan merasa sakit-sakit.

2) Kak Zah Bidan - Simpang Tok Jalai,kami pergi untuk berubat meroyan dan urut sekali. Bawa makanan biasa untuk dimakan.

3) Ust. Faiz - Kuala Nerang belakang Maktab Mahmud. Kami pergi sana 2 kali ambil air yang telah dibacakan Yasin. Lepas tu diberikan kertas amalan seperti " Lau anzalna .... " Tidak ada kesan.

4) Ust. Jamil - Belakang Sek.Keb. Bohor,Hutan Kampung ,kami pergi 3 kali. Pengubatan Islam, guna air,garam dan kain basahan. Air buat minum dan mandi. Garam untuk ditabur disekeliling rumah. Kain basahan selepas mandi di hari ke tujuh selepas mandi ,dihanyutkan ke sungai. Ada ubat yang dicuba amalkan iaitu Habastus Sauda dibuat minum. Harga sekilo RM 22.000 tapi tak ada kesan.

5)Ust. Salleh - Kg. Pauh, Perlis , kami pergi 2 kali. Pengubatan Islam juga. Bawa air & makanan yang selalu dimakan untuk didoa. Beliau beramal dengan solat hajat. Air dibuat mandi dan minum manakala bahan makanan untuk dimakan tiap-tiap hari. Masih tidak menunjukkan tanda-tanda hendak pulih.

6)Tok Putih - Laka Selatan,Changloon sempadan Perlis. Kami pergi dengan Cik. Som sebanyak 5 kali. Bawa air & makanan yang selalu dimakan untuk didoa. Air dibuat mandi pada waktu azan Maghrib. Ulang 3 kali dan mandi yang terakhir sekali mandi dengan bunga raya putih. Bunga tadi dibuang ke sungai selepas mandi. Ada kesan sedikit, selera makan sudah ada dan berhenti menangis. Gangguan sudah hilang sementara. Boleh buat kerja rumah dan pergi senamrobik. balik dari senamrobik gangguan datang semula dan lebih kuat.

7) Ust. Hamidi - Sg. Lalang/ Sg.Petani - Kami pergi dengan En. Azizan & Cik. Ani. Kami bawa air
ke rumah sewaan khas Ust. Hamidi untuk mengubat. Pengubatan dijalankan dengan membaca doa kepada pesakit dan berkomunikasi dengan pesakit. Pesakit tidak sedar apa yang berlaku setelah dibacakan doa. Perlakuan seolah-olah mencabut keluar sesuatu dan dilakukan hampir satu jam. Setelah selasai ,pesakit tidak diri seketika dan rasa letih. Namun setelah kembali ke rumah. Perasaan makin rasa gelisah dan ketakutan sedikit.

8) Kak Zurina - Kg. Titi Gajah, Noni pergi dengan Nana. Bawa air, garam 10 kg uuntuk didoa dan ditaburkan keliling rumah. Air dipercikkan disekeliling rumah.


9) Cikgu Mohammad- Tmn.Pandan,Jalan Suka Menanti - Kami pergi dengan Munir (Zazen ) bawa air untuk minum dan mandi. Air dibawa kedalam bilik dan dibacakan doa dengan kuat. kami duduk diluar rumah saja. Ada pengeras wang mulanya RM 5 1/4,lepas tu naik RM 25 1/4 dan bila akhirnya RM 55 1/4. Kami dibekalkan dengan ayat-ayat dan tulisan wafak pada kertas yang difotostat untuk ditampalkan dipintu-pintu rumah. Bila balik setelah ditampalkan wfak tersebut, pesakit jadi tidak tentu arah dan akhirnya ditanggalkan semua wafak tersebut. Baru lega gangguan yang datang. Malam tidak boleh tidur.Seolah-olah nyawa dibawa pergi.

10) Tok Putih datang ke rumah dan mendoakan garam dan air untuk menghalau gangguan makhluk halus dirumah. Namun masih tiada tanda pulih sepenuhnya.

11) Mak Tam Siah - Belakang Hospital Sultanah Bahiyah , Alor Setar. kami pergi dengan Syakila
Bawa air sahaja. Pada awalnya, Mak Tam Siah tiada di rumah kerana menyulam padi di bendang. Akhirnya dia pulang ke rumah untuk menemui kami. Air dibacakan doa dan pesakit disuruh melunjurkan kaki menghadap keluar pintu.Belaiu dibantu oleh suaminya bernama Yusuf. Dengan Mak Tam, kita disuruh bertanya kepadanya.Soalan utama ,ada tidaknya simpan batu didalam rumah. Ada ke hajat yang tidak buat lagi. Kalau ada, disuruh dibuang dan katakan
" Alih beralih, jangan datang lagi " Balik dari rumah Mak Tam kami pun cari batu yang disimpan.
rupanya batu tu dari bukit yang dibuat batu tungku perut. Bila dibuang si peaskit terasa ada kelainannya. malam tu tidak ada rasa perasaan nak menangis. Makan pun mula rasa sedap.
Keesokan harinya, kami buat khenduri dan bacaan Yasin. Malam tu terasa seperti asap yang berkepul keluar dari badan dan hilang. Esoknya pesakit rasa pulih dan tidak merasai berat,malas
dan tidak cergas. Berkenaan dengan Mak Tam Siah, seorang yang lawak dan paling menggelikan hati. Tak pernah saya tertawa sepanjang berubat. Inilah kalinya saya asyik tertawa melihat keletah Mak Tam Siah. Alhamdulillah, sehingga hari ini isteriku pulih seperti sediakala dan gembira seperti kebiasaannya. Terima kasih kepada Syakila yang mengajak jumpa Mak Tam Siah. Syukur kepada Allah kerana mengembalikan kesihatan yang baik buat Nonisah,isteriku yang menderita hampir 1 tahun setengah.