Tuesday, December 15, 2009

Letih dan mengantuk

14.12.2009 ( Isnin ), Jam 7.00pg,terus jogging 10 pusingan keliling taman. Lepas tu nak cari sarapan. Ajak Faiz sekali dengan Noni. Mula-mula nak makan tosei di Kepala Batas. Ooop tutup pulak. Kami terus ke jalan Bukit Pinang. Sampai di pekan tapi tutup juga. Malang hari ini, pusing depan SRJKC Cina Bkt Pinang dan terus ke Pekan Jitra. Kena roti telur dan milo O. Faiz kena roti canai kosong 2 keping. Beli sayur di gerai Ah Seng sambil tunjukkan pada pelbagai jenis sayur . Noni beli nanas di gerai bawah. Lepas tu balik. Masak gulai nanas dengan udang.

10.30 pg- Sibuk edit video majlis perkahwinan Izuandi dan Norlida. Buat banayak kali tapi tak memuaskan. Buat lagi. mengantuk den tidur.

7.40mlm- Pergi mengajar Kelas SABK buat rakaman, kali bawa radio Noni. Set alatan dan komputer untuk pengajaran. Kelas mula jam 8.00mlm. Depa seronok belajar recording dengan pelbagai cara. Tak sedar jam 10.00mlm. Jam 10.20mlm balik.





11.00mlm -Lepas solat Isya', buat editing sampai jam 5.05pg. Tidur-tidur ayam aje tunggu rendering video. 3 kali gagal buat editing guna Ulead 8. Banyak masalah. Sabar saja.

5.10pg. Jemput Paan di Hentian Bas Jitra, balik dari Kelantan. Solat subuh dulu pas tu buat editing lagi. Akhirnya jadilah hasil yang memuaskan sekeping DVD dalam tempoh 31minit. Akhirnya ditayangkan di TV. O.k .

No comments:

Post a Comment