Saturday, December 19, 2009

Nat Tok Jalai

18.12.2009( Jumaat )- Hari ini lepas jogging, kami pi nat Tok Jalai,kira-kira 5 km dari Pekan Jitra. Tujuan untuk beli ikan . Dah lama tak pi ke sana. Sampai di sana, sarapan dulu dekat gerai ,pekena nasi lemak dan roti jantan.Lepas tu baru jalan cari lauk harian. Kami beli ikan temenung lemak sekilo RM10.00. Beli 2 kg.Nampak pula ikan pari beli 1/2 kg. Ikan ada macam-macam jenis cuma 2 pilihan saja yang minat. Pi kat jual pakaian, beli tracksuit 2 helai. Masa dalam perjalanan nak balik Noni nampak buah pulasan. Dia suruh berhentikan kereta secara mengejut. Dari dalam kereta dah suruh penjual pulasan tu timbang dua 2 kg. Peniaga tu kelam kabut. Den terus saja gerak kereta ke depan takut kenderaan belakang marah. "Cepat kak nanti abang tinggalkan akak".Noni dengan pantas naik kereta dan kami balik.Hari ini tak pi jalan mana pun.

Balik rumah terus,Noni masak ikan pari sambil cili melaka. Den surf internet. Tidur sat tunggu nak pi Solat Jumaat. Pi tak makan dulu. Masa kat masjid rasa lapar sangat. Balik tak tahan terus makan nasi lauk ikan pari goreng sambal cabai melaka dan kangkong goreng belacan. Perghhh.
berpeluh dibuatnya. Nak resepi pari goreng sambal cabai melaka. Kena tanya isteri saya.

Nat itu apa? Di Kedah, nat tu ialah pasar sari . Pelbagai barangan dijual . Cubalah sekali pi pasti duit tak cukup nak beli barang. macam-macam ada.

No comments:

Post a Comment