Friday, December 18, 2009

Pak Non Pengurus Kantin Sri Lawang IPDA meninggal

17.12.2009 ( Khamis ) 8.40 pg- Pi dengan Roslan Jurufoto, mengunjung jenazah Allahyarham Pak Non, pengurus Kantin Sri Lawang IPDA di Titi Gajah. Arwah meninggal dunia pada petang hari Rabu jam 4.00 ptg dan akan dikebumikan pada 17.12.2009.jam 11.00 pg di Tanah Perkuburan Kepala Batas. Selepas hadiahkan al-Fatihah dan masuk ziarah, kami duduk diluar sebentar dan kemudian balik ke IPDA.

10.00- 12.30 tgh - Buat sedikit kerja tuntutan mengajar KDC SABK & PCMT dan minta Ruhaizan hantarkan kepada En. Rosli Hakim. Lepas tu saya balik ke rumah.

2.30ptg- Buat capturing dan editing video Forum SABK tahun lepas.

3.30ptg-Kelas SABK buat amali rakaman audio yang belum selesai sehingga pukul 5.30ptg. masing-masing minta balik awal tapi tak sedar dah pukul 5.30petang.

6.05ptg - Perlawanan Bolasepak antara Malaysia dengan Vietnam dam Sukan Sea 2009 untuk merebut pingat emas.

7.00mlm -Baca doa akhir tahun bersama Noni dan Paan. Solat Maghrib

7.15mlm - Perlawanan bolesepak diteruskan,pada minit ke 85 baru Malaysia menjaringkan gol.
Rasa seronok juga lama tak pernah Malaysia menang. Sejak 20 tahun lalu. GOL...........................
Kami bersorak ramai-ramai sambil berdebar-debar menanti masa nak tamat. Akhirnya Malaysia menang 1-0 terhadap Vietnam. Emas bagi Malaysia. Tahniah Malaysia...

No comments:

Post a Comment