Monday, December 07, 2009

Sarapan pagi di Kuala Jerlun beli sayur di Pekan Tunjang

6.12.2009 ( Ahad ) Selepas jogging disekeliling Taman Permai,kami berdua naik kereta. Mula ingat nak pi beli ayam dan ikan di Gerai Sg. Korok. Tapi akhirnya pi terus sepanjang Sg. korok dan terus hala ke Ayer Hitam. Entah macam mana, masuk ke jalan Kuala Jerlun. Masuk terus dalam sepanjang jalan ada bendang. Noni kata pernah ke sana dengan Kak Nun. Rasa nak sesat .Tanya Abg Jason King ( misai dia hebat) kat mana tempat jeti ikan baru naik. Rupanya kena patah ke belakang semula.
Tak jauh ,cuma 10 meter dari situ. Masuk ikut tandop ,Pi kat Jeti nampak ada makcik sedang kelas ikan. Macam ikan baru naik. Sembang punya sembang memang betul ikan baru sampai. Makcik mulanya bukan nak berniaga tapi bila ada nelayan bawa ikan ,dia terus meraih ikan dan menjual semula . Ramai pelanggan berebut beli ikan. Macam-macam ikan ada seperti temenung,selangat,puput,ikan gelama,anak ikan tenggiri dan udang. Tapi jumlahnya tak lah banyak sangat. Kami pun beli anak ikan tenggiri,temenung dan gelama. Habis juga RM 20.00
Perut rasa pulak tu, kami pun sarapan makan pulut dengan kari telur bubuh sambal sikit, Noni makan mee campur mee hoon goreng. Sedap juga .Kena RM 5.50 dengan air milo panas.
Masa balik kami terus ke arah Ayer Hitam, sampai Simpang arah ke Tunjang kami pun balik ke arah tu. Lalu dekat depan Sekolah Kebangsaan Tengku Laksmana dan Sek. Kebangsaan Permatang Bonglai.Seronok jalan-jalan masuk kampung tapi sayang tak bawa kamera. Jadi tak ada gambar lah. Pemandangan sawah padi sedang menghijau seluas mata memandang.Itulah kawasan PIDA 3. Akhirnya kami keluar ke simpang atas sikit Pekan Tunjang.
Di Pekan Tunjang kami singgah sebentar di pasar sari. Beli kangkung,cabai melaka dan durian buat tempoyak. Kami pun balik ke Taman Jitra.

No comments:

Post a Comment