10.12.2009 ( Khamis ) - 9.30pg .Selepas rutin jogging pagi, sarapan kat rumah. Makan nasi dengan lauk telor itik. Pakat-pakat nak pi mana tak tau. Masak dululah, nanti senang bila balik nanti. Noni masak goreng ikan bilis dengan kentang. siap-siap pakai baju,masuk kereta.Jalan.Arah jalan mana. Jalan ajelah. Masuk highway arah Alor Setar tapi susur kat Alor Setar selatan. kami ronda-ronda kat Kuala Kedah tapi tak ada yang seronok dilihat. Sibuk dengan lori dan kenderaan. Nak masuk kat Jeti Kuala Kedah sesak sangat.

Pusing balik semula,masuk arah ke Ampang Jajar dan akhirnya singgah di Tesco. Parking di situ kami pun masuk,dua-dua cari toilet.
Noni kata kita

kena Big Apple dulu. Kami pun order Sun spot dengan Alien Donut, sebiji seorang. Kami makan kat situ gak.

Tak kenyang pun cuma nak rasa aje. Sedap tak ? Mai kita pi beli lagi....kat Tesco lah. Ingat kat anak kami Paan,dia suka makan kat situ

Lepas tu kami pi window shopping. Masuk kedai bag lah. Bukan nak beli pun. Belek-belek aje.

Lepas tu rasa nak makan pulak, kami pi kat gerai makan. Mula ingat nak makan "Sizzling mee".Tapi belum sedia lagi,baru nak potong bawang kata peniaga tu kat dalam. Sementara tunggu kedai buka. Kami order ABC dan Laicikang panas dengan popiah 3 ketul. ABC rasa sedap juga. Tunggu punya tunggu gerai "Sizzling mee" tak juga buka. Akhirnya, kami pun balik.
Kami balik ikut Shahab Perdana ,Suka Menanti ,Anak Bukit dan terus aje ke Jitra. Jam pukul 1.05tgh. Nak solat belum masuk waktu. Den landing dulu, bangun-bangun dah pukul 2.05ptg.
Masuk solat zuhur pas tu makan. Noni lena letih agakya.
Mas

a dok depan TV.Noni bangun, ambil bekas bakul nak buat apa pulak tak tau lah ?
Rupanya dalam senyap dia buat tempat letak bekas air. Ada lagi ke Noni buat. nanti kita tengok......

Hai ini dah lebih , tutup beras pun dah kena ropol. Cantik juga.
Lepas ini apa pulak yang kena ropol.Kita lihat selepas ni.

Ni apa pulak? Noni kata ini bekas tempat Surah Yasin . Masyallah. Dalam diam kau buat 3 barang. Tak sampai 2 jam. Hebat Cik Noni. I love you.
No comments:
Post a Comment