Wednesday, June 24, 2009

Faiz ditawarkan ke SM Sultan Abdul Halim,Jitra

18.6.2009(Khamis) - Pihak SKJ telah menghubungi rumah mengatakan Faiz telah ditawarkan untuk mendaftar masuk ke SM Sultan Abdul Halim, Jitra dengan segera. Pergi ke sekolah untuk bawa Faiz ke Hospital Jitra buat pemeriksaan doktor. Cuma buat X-ray saja. Pemeriksaan pada 29.6.2009.
Sebelah petang,Faiz masih dalam keadaan ceria dan hantar buku teks kpd Ketua kelas.
Entah macam mana sebelah maghrib, Faiz dah bertukar fikiran, tak mau pergi ke SM SAH. Katanya dia sedih nak tinggalkan ibu,susahkan ayah nanti dah beli banyak barang nanti dia balik semula ke SMJ. Dia takut tak dapat belajar di SM SAH. Sebab lain pasal nak main badminton. Dah janji dengan kawan,bergu sama Haris. Lepas tu dia pikir pasal duit kutu geng dia tak habis bayar lagi.
Ayah suruh bagi keputusan sampai hari Ahad, jawapan muktamad tak mau pergi. Anakku....asalkan kamu mau belajar.Dimana saja kita akan berjaya.

No comments:

Post a Comment